Assalammualaikum saya ucapkan kepada sesiapa yang sudi membaca blog saya sekarang ini.
Harap para membaca sihat walafiat dan diberi kesihatan yang berpanjangan untuk mendapat keredhaan dariNya. InsyaAllah.
Fuhh lama jugak tak ber-blog ni. Terkial-kial dok cari setting nak buat benda alah ni. Gigih semata-mata nak kongsi cerita pertama saya. Cerita apa? Tu haa, tajuk baik punya, apa lagi kalau bukan kenangan mengerjakan umrah di tanah suci. Banyak ni nak kongsi dari mula sampai akhir. Moga-moga dapat jugalah saya membantu sebanyak sedikit kepada sesiapa yang nk menjadi tetamu Allah ni. InsyaAllah amik berkat sikit lah ye. :)
Saya pergi umrah bersama mak dan adik lelaki sebagai mahram. Yelah, belum kahwin lagi kan so ajak lah adik hehe. Kami bertolak pada 22 Januari 2015 haritu. Baru lah jugak untuk dijadikan cerita. Saya pergi dalam 12hari 10malam. So sampai Malaysia 2 Februari 2015.
Kami pergi under Andalusia Travel and Tours. So far, dia punya services okay je. Walaupun visa lambat, sipi-sipi je tarikh nk bertolak pasti dapat jugak. Masa nak pergi ni semua urusan mak saya yang buat. Part yang leceh sikit kena settle bila part mahram sebab kena pergi JPN untuk amik cop. Kalau yang nk cop ni kena yang beragama Islam saje ya baru boleh approve. Masa hantar, kami taktahu pulak kena yg beragama Islam, so kena ulang-alik la untuk amik tandatangan baru. Setakat ni, dari pergi sampai balik takde masalah. Takdelah nak cakap tiptop gila tapi Alhamdullilah semuanya dipermudahkan.Kursus jangan lupa pergi ya. Sebab kita ni manusia jahil walaupun seseorang tu dah selalu ke tanah suci. Okay? :)
Okay yang part tiket, pasport and segala urusan biar mereka settlekan. Yang penting kita ni, sebagai tetamu Allah banyak yang kena perbetulkan terutama sekali dari segi hati. Nak pergi tempat suci ni, hati kita jugak kena suci dan bersih. Bersih dari segala kekotoran yang ada dalam diri kita. Saya bukannya baik sangat. Cuma insan kerdil shj di muka bumi ni. Sebab tu kena perbanyakkan solat sunat taubat. Mintak ampun dengan Allah, moga dosa-dosa kita diampunkan.
Selain tu, sifat sabar jugak kena ada dalam diri kita. Sabar tu bukan sabar sikit. Kena sabar banyakkkkk sebab kat sana macam-macam perangai uiii. (Nanti saya cerita hehe).
Jangan lupa latih diri solat sunat. Suka hatilah nak buat sunat apa pun yang penting buat solat sunat. So bila kat sana, senang sikit nak buat. Saya paham sangatttt kita ni manusia biasa. Pukul 3pagi pun belum tentu kita boleh bangun, ye dakkk? Tapi saya sampai sana lah baru latih diri untuk solat sunat. Sebab apa? Saya manusia biasaaaa hehehe. InsyaAllah dah balik umrah ni moga terus istiqamah hendaknya lah.
Btw, umrah yang saya buat ni umrah direct. Saya tak buat umrah ziarah. Konon nk pergi Istanbul, sekali semua full daaa. Nak pergi tempat lain pun full. Last-last kami decide buat umrah direct. Senang. Kami naik Saudi Airlines. So dari KLIA turun Jeddah terus ke Madinah lepastu baru Mekah.
Ada jugak yg turun Jeddah terus ke Mekah. Sesiapa yg pergi Mekah dulu ni, dia kena pakai kain ihram lah kat KLIA sebab nanti kena niat kat dalam flight. Kalau yg ke Madinah tak payah. Relax dulu k? Hehe.
Bila sampai kat KLIA ni nanti pihak Andalusia akan bagi satu name tag untuk setiap jemaah dan passport. Passport ni kena jaga baik-baik. Kebanyakkan jemaah ni dia lupa letak kat mana. So kat situ ada sikit masalah teknikal. Dapat je, simpan dalam beg. Tak payah pegang-pegang. Nak guna baru keluarkan. Bila dapat name tag ni semua kena pakai. Tapi saya ni jahat sikit, dari pergi sampailah balik tak pakai pun sebab gambar buruk. Kihkih. Mintak maap lah yek. Yang penting, jangan hilangkan ok. Kang nayaa. :p
Name tag yang siap dengan hotel dan no. phone. |
Lepastu tiap masa dorang bagi makanan. Bila time lapar, confirm ada makanan datang nanti. Saya bangun tidur je makan. Bangun tidur je minum. Bangun je makan. Bangun je minum. Makan sedap pulak tu oi. Ada mee, nasi beriyani kambing, ayam, ikan. Haaa pilih. Rezeki depan mata, jangan ditolak. Lepastu sambung tidurrr. Kehkeh.
Kami semua sampai Jeddah dalam waktu Isyak macam tu. So solat Jamak Takhir jelah kat Airport. Bila dalam group ni satu je kena pegang, "Biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita". Okay?
Untuk perjalanan yang pertama ni, kami semua akan bergerak ke Madinah. Perjalanan ni mengambil masa 6 jam dengan menaiki bas sahaja. So dalam bas tu, kita sambung tidur. Tidur lagiii. Haha. Tapi memang betul. Sebab dah malam. Sampai Madinah pun 1-2pagi macam tu. Nak tengok pemandangan luar memang tak nampak lah. Takde lampu jalan. Lagipun cermin bas tinted. Memang nampak muka awak balik lah gamaknya. So rehatkan diri dalam bas. Lepas 2-3jam perjalanan kot (tak ingat), nanti bas akan berhenti kat satu tempat ni (pun tak ingat). Masa ni musim sejuk. Turun bas je, perghhhhh menggigil kaki uiii. Sweater kat bawah, dalam beg. Nasib baik ada bekal selimut yg amik tadi kat dalam flight, boleh lah buat selubung badan hehehe. Memang sejuk la. Sedap je angin. Orang arab lain relax je pakai baju nipis. Kita ni dh tak tahan.
So bila kat sini, siapa yang belum solat, boleh solat. Lepas solat, amik makanan. Terpulang nak makan kat situ or bawak balik hotel.
Maka, sambunglah perjalanan kami ke Madinah. Dalam pukul 2 kot sampai di Madinah Al-Munawarrah. Jangan cakap lah masa tu, jejak je tanah haram semua akan nampak satu tempat paling bercahaya. Apa lagi kalau bukan, Masjid Nabawi. Masa ni memang berdebar je. Dalam hati kena sentiasa berzikir. Mengucap banyak-banyak. Yelah, selalu tengok dalam gambar je. Sekarang real life kot depan mata kita semua. Rasa macam tak percaya. Tempat penuh nostalgia dengan kisah hidup Rasulullah. Allahu. Excited dia hanya Allah je yang tahu tapi semua cool je. Hehe. Di Madinah, kami ditempatkan di Mubarak Silver Hotel. Memang satu-satunya hotel under Andalusia di sini, kalau tak silap saya lah. Bila sampai je, masing-masing angkat beg terus naik ke bilik, rehatkan badan. Untuk first day ni takde apa-apa aktiviti. Selalunya hari kedua baru ada ziarah ke mana-mana.
Untuk hari first semua kena pandai-pandai la pergi masjd sendiri. Jangan risau, Madinah ni tempatnya dekat je. Nak shopping ke, beli makanan ke ada je depan mata. Tak payah takut. Ramai orang hehe. Lepas subuh, breakfast semua, nanti ada seorang mutawwif perempuan ajak pusing masjid Nabawi. Tempat first sekali yang kami pergi ni, tempat yang memang kita nak pergi sangat, tempat yang memang tak sabar nk kunjung, apa lagi kalau bukan Raudhah. Kenapa Raudhah? Sebab Raudhah ada Makam Rasulullah saw. Siapa yang taknak ziarah Rasulullah? Ada ke? Takde. Sebab salah satu tujuan kita datang sini selain mendekatkan diri kepada Allah dengan solat dan zikrullah adalah menziarahi makam Rasulullah.
Nak pergi Raudhah ni, dia kena ada kekuatan fizikal yang sangat kuat. Untuk jemaah yang dah tua, i mean yg dah tak kuat tu, anak-anak kena jaga lah. takut-takut kang ditolaknya, kesian pulak. Sebab benda ni pernah terjadi kat mak saya (nanti saya cerita).
Orang arab ni dia suka orang Malaysia dengan Indonesia. Kenapa? Sebab kita ni baik, tertib, dengar cakap. Tak macam orang India, Pakistan, Turki dan sewaktu dengannya. Mereka ni semua kurang manners nya la senang cakap. Kalau kena tolak tu, sedap! Saya cakap benar ye. Mak saya hampir kena pijak disebabkan mereka yang kurang adab dan sabarnya. Saya jerit SABARRRR (slang arab sikit kehkeh), baru dorang stop jalan. Kalau ikutkan memang tak boleh, tapi kesian kot mak sendiri dok kena tolak sampai tak boleh bangun so terpaksa jerit. Adalah jugak minah arab cun ni tolong. Kalau kat Malaysia ni saya rasa memang dah kena pelempang dah ni bagi mereka yang takde kesabaran. Kalau part kena tolak ni saya tak kisah pun sebenarnya sebab kena biasakan diri dengan badan dorang yang sememangnya besar dan ganas, cuma sedikit geram jelah sebab dorang tak sabar. haa kan banyak sgt sebab nya pulak daa.
Macam mana nak tahu kita dah sampai Raudhah? Bila kaki kita dah jejak carpet warna hijau. Sepanjang berada di masjid, carpet warna merah so bila sampai di Raudhah dia akan bgtahu lah yang warna hijau tu adalah Raudhah. Tapi bila dah sampai Raudhah, tak semestinya yang colour hijau tu tu Raudhah. Haaaaa pening tak? Haha. Kalau dah belah kanan kanan kanan sikit tu, bukan Raudhah. Kat situ ada tiang-tiangnya. Kena pandai-pandai lah. Makam Rasulullah pulak ada kat belah kiri kita nanti. Paling kiri. Kalau kuat nak tempuh yang ganas-ganas ni, silakan. Saya sekali je dapat pergi paling kiri. Itupun dah cukup.Walaupun dok berasak sana sini, sumpah demi Allah saya cakap, peluh tu memang takde langsung! Panas pun tidak! Allahuuu. Kuasa Tuhan. Betapa nikmatnya jadi tetamu Allah. Semuanya dipermudahkan.
Lepas dah baca doa, amik side tepi sikit untuk solat sunat. Kalau paling depan tu bagus. Power. Disebabkan malas nak berasak, solat jelah kat mana yang mampu. Kalau masa sujud dorang tendang kepala, redha jelah ok. Jangan marah. Kena faham. Cobaannnn. Lepatu kalau solat sunat ni, jangan doa selepas bagi salam. Sila doa semasa sujud yang terakhir ya untuk mengelakkan dia halau awak keluar. Tu je paling selamat sebab takkan masa solat dia nak halau awak pulak kan? So doa banyak-banyak masa sujud terakhir. Raudhah merupakan taman antara taman syurga. Dan kaki yang pernah jejak kat sini, akan jadi saksi di akhirat kelak. Doa banyak-banyak.
Waktu nak ke Raudhah ni limited sikit. Selalunya lepas Subuh, Zohor dan Isyak. Selalunya, saya dan mak pergi waktu lepas Zohor. Kalau nk pergi lepas Subuh boleh je tapi disebabkan kami ada ziarah luar so takut tak sempat. Lagi satu, sebenarnya masa kat Raudhah ni kita kena jaga adab kita.Tak boleh tinggikan suara. Cuma biasalah, mereka ni, entohlahhh. Ada jugak yang dok terjerit-jerit sana sini. Hmm. Lain orang lain cara. Apa yang kita tahu, kita buatlah. Pandai jaga diri la ye.
Part ziarah luar ni, group kami pergi ke Masjid Quba', Ladang Kurma, Jabal Thur dan lepastu tak ingat. Hihihi. Banyak pulak tempatnya. Kat Madinah ni, kerjanya just solat, makan, shopping, solat, makan, solat, shopping, makan, solat, solat, makan, shopping. Haaa betul. Tu je. And kalau nk shopping memang sedap kat sini lah. Murah and cantik sikit la designnya kalau nak dibandingkan dengan Mekah. Yang sememangnya maheyyy. Lepastu kalau shopping, dorang ni tahu tau siapa orang Malaysia. Nanti mula lah dia cakap, "Satu Malaysia. Malaysia Boleh. I Love Malaysia. Siti Nurhaliza. Ziana Zain. Neelofa. Sharifah Aini. Mari. Mari. Murah. Murah. Mari kakak cantik. Halal. Halal." Haha comel betul dorang ni sambil buat muka gatal. Kehkehkeh. Tapi best. Layankan je. Takde hal :D
So, Madinah tempatnya setenang-tenang tempat lah saya cakap. Kalau boleh taknak balik. Saya dah jatuh cinta dengan tempat ni dan orang-orangnya.Cuma cinta je tak jumpa lagi. Eh? Kuikuikui.
5 hari 4 malam sememangnya sekejap. Tup tup dah kena balik. Hmmm. Nak beribadah pun mcm tak cukup je. Nak tinggalkan Rasulullah lagi lah sayu. Menangis okay!!! (Memula nangis biasa je. Steady sikit. Tapi orang belakang saya menangis gila-gila punya sampai saya join sekali. Huuu.)
Yelah, kita pun taktahu bila lagi boleh sampai ke Madinah ni kan. Maka...bersiap sedialah kita untuk ke tanah suci iaitu Mekah Al-Mukarammah. Siap-siap pakai kain ihram ya. Sebab sampai sana nanti terus nk buat umrah.
otw ke Masjid Nabawi waktu pagi. Sejuk ui. |
Masjid Nabawi. |
Ni masa tunggu turn nak masuk Raudhah. So baca pape doa yang patutlah ye. Ramai kan? |
Luar Masjid Nabawi. |
Kubah masa ia tertutup. |
Kubah masa i a terbuka. SubhanAllah. |
Ziarah ke Masjid Quba'. |
Haaa ni masa pergi Ladang Kurma. So pilih-pilih. Kalau perasan yang baju merah tu Roy Azman. Ahaks. |
Ni ladang kurmanya. Boleh chillax sambil minum kopi. |
Haa boleh cuci mata. |
Kurma lagi. Halal. Halal. |
Jabal Thur. Gigih saya naik nak amik gambar ni. Apatah lagi Rasulullah yang naik gunung-ganang kat atas sana kan. Allahuakbar. |
Mintak ampun jikalau panjang lebar saya bercerita ya walaupun panjang lagi saya nak kongsi. Hhehe.
So... Selamat Tinggal Madinah Al-Munawwarah tempat yang penuh dengan ketenangan.Moga kita berjumpa kembali dalam waktu yang terdekat. InsyaAllah.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment